ictkel.zoom-a.com
UNIT ICT JPN KELANTAN
Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-7418079, Faks : 09-7418079
e-mel : ictkel@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PENGENALAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | ORGANISASI | JU ICT | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

PENGENALAN

Untuk merapatkan jurang pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat, kerajaan telah membelanjakan jutaan
ringgit dalam menyediakan kemudakan frasarana perkomputeran di sekolah-sekolah seluruh Malaysia secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat pertama iaitu FASA 1 kebanyakan makmal komputernya telah diubah suai kembali agar ianya lebih selamat dan selesa. Sehingga sekarang sudah sampai ke FASA 3B dan hampir seluruh sekolah sudah memiliki makmal komputernya sendiri.

Sebuah makmal komputer yang baik memerlukan seorang penyelaras yang berpengetahuan tentang ICT dan mampu mentadbir hal-ehwal makmal dengan baik, justeru itulah pihak Jabatan Pelajaran Kelantan telah mengadakan beberapa siri kursus kepada semua guru penyelaras makmal komputer agar penggunaan makmal komputer di sekolah mencapai tahap yang maksimum. Tidak cukup dengan latihan, pihak JPN mengambil inisiatif menubuhkan Pasukan Konfigurasi Rangkaian ( PKR ) dalam membantu menyelesaikan masalah rangkaian komputer di makmal-makmal sekolah seluruh negeri Kelantan.

MATLAMAT

Matlamat utama PKR ditubuhkan ialah untuk menyelesaikan masalah rangkaian di makmal-makmal komputer di seluruh sekolah agar ianya dapat dihubungkan dengan internet dan digunakan oleh guru serta murid secara terancang.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: